7 maut, 150 hilang empangan runtuh di Brazil


Keadaan selepas empangan pecah di Brumadinho, Minas Gerais, Brazil. Laporan awal mengatakan 200 orang hilang selepas salah satu empangan Vale runtuh dan menyebabkan sungai lumpur memusnahkan beberapa kediaman berhampiran. – Gambar EPA, 26 Januari, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA tujuh orang terbunuh dan 150 lagi masih hilang selepas sebuah empangan berhampiran lombong bijih besi di Brazil runtuh pada Jumaat, kata kerajaan negeri Minas Gerais.

“Menurut maklumat yang disahkan oleh perkhidmatan bomba, tujuh mayat sudah dijumpai…dan 150 orang masih disenaraikan sebagai hilang,” kata pihak berkuasa itu dalam satu kenyataan.

Sebelum itu, pasukan bomba menyatakan jumlah mereka yang hilang seramai 200 orang. – AFP, 26 Januari, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen