Messi rayu teruskan misi mencari Sala


Emiliano Sala dilapor hilang bersama seorang juruterbang ketika dalam penerbangan dari Wales untuk menyertai kelab baharunya, Cardiff City pada Isnin lalu. – Gambar EPA, 25 Januari, 2019.

BINTANG Barcelona Lionel Messi pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari pemain penyerang Emiliano Sala yang dilaporkan hilang ketika menaiki pesawat ringan menuju ke Cardiff City pada Isnin lalu.

Operasi mencari dan menyelamat dihentikan selepas pihak berkuasa Britain menyifatkan usaha untuk mencari penyerang kelahiran Argentina itu amat tipis.

Pesawat yang dinaiki Sala bersama seorang juruterbang, hilang dari radar berdekatan pulau Guernsey ketika dalam penerbangan dari Wales untuk menyertai kelab baharunya, Cardiff City.

“Dengan segala kemungkinan, senipis harapan, kami meminta agar jangan berhenti mencari Emiliano,” kata Messi menerusi laman perkongsian gambar Instagram hari ini.

Rayuan Messi itu dibuat selepas ayah Sala dan beberapa pemain lain termasuk bintang Bordeaux, Valentin Vada dan penyerang Uruguay Diego Rolan, meminta pihak berkuasa meneruskan misi pencarian.

Keluarga Sala meminta kelab Nantes supaya tidak mengadakan uacara memperingati Sala yang juga merupakan bekas pemain kelab itu pada minggu ini dalam pertemuan Piala Perancis dengan kelab liga bawahan, Entente Sannois Saint-Gratien.

“Kami meminta anda untuk menghormati keluarga ini yang enggan mengalah dan masih terus berharap,” kata kapten Nantes Valentin Rongier kepada lebih 300 penyokong kelab itu yang menonton sesi latihan semalam.

“Ini sebabnya kita tidak akan bertakafur atau menepuk tangan kerana kita masih berharap (Salah masih hidup).” – AFP, 25 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen