MILF raih sokongan besar tadbir Mindanao


Kumpulan pemisah MILF berjuang sejak 1970-an untuk menuntut wilayah autonomi di Mindanao dari Filipina. – Gambar AFP, 25 Januari, 2019.

KUMPULAN pemisah Islam terbesar di selatan Filipina menerima sokongan kuat untuk mentadbir wilayah bergolak Mindanao, sekali gus memberi harapan baharu kepada penduduk untuk mengecapi keamanan.

Berdasarkan pengumuman hari ini, 1.7 juta pengundi di wilayah Mindanao menyokong Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) untuk membentuk kerajaan berbanding hanya 254,600 yang menentang.

Keputusan itu menyaksikan peralihan kuasa di negara yang dihuni majoriti penganut Katolik dan MILF bersetuju untuk meletakkan senjata serta beralik kepada kuasa politik.

“Kita gembira dengan sokonga tidak berbelah bahagi penduduk wilayah ini,” kata pemimpin MILF Murad Ebrahim.

“Kemenangan ini amat besar dan tidak pernah berlaku.”

Kini MILF menggalas tanggungjawab untuk menamatkan persengketaan selama berpuluh-puluh tahun di wilayah itu selain mengembalikan keamanan dan menangani isu kemiskinan.

Kira-kira 150,000 orang terbunuh dalam pemberontakan yang bermula pada 1970-an yang menyaksikan usaha kumpulan pemisah mahu kerajaan Filipina memberi kuasa autonomi untuk mentadbir Mindanao. – AFP, 25 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen