Sentuh status Islam ibarat bunuh diri, kata ahli akademik


Chan Kok Leong

Menghapuskan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan akan memecahbelahkan masyarakat, kata Prof Dr Shad Saleem Faruqi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 25 Januari, 2019.

CUBAAN untuk menghapuskan status Islam dalam Perlembagaan Persekutuan oleh mana-mana kerajaan di Malaysia ibarat seperti membunuh diri, kata Prof Dr Shad Saleem Faruqi.

Malah, ia akan memecah-belahkan masyarakat, tambah beliau.

“Terutamanya apabila ada sesetengah pihak yang cuba memainkan isu kaum dan agama untuk memecahbelahkan masyarakat.

“Cubaan seperti ini akan disalah tafsir sebagai serangan terhadap kuasa dan cara hidup orang Melayu,” kata Shad semasa sesi soal jawab di kuliah Jawatankuasa Peguam Selangor (Selangor Bar) mengenai Perlembagaan Persekutuan di Shah Alam, hari ini.

Beliau menjawab soalan mengenai pendapat berkenaan menghapuskan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 3 menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan sering membawa pelbagai tafsiran berkenaan sama ada Malaysia merupakan sebuah negara sekular atau negara Islam.

Bagaimanapun, Shad berkata Perlembagaan Malaysia tidak sentiasa mengandungi Perkara 3.

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuanmenyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan sering membawa pelbagai tafsiran berkenaan sama ada Malaysia merupakan sebuah negara sekular atau negara Islam, kata Prof Dr Shad Saleem Faruqi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 25 Januari, 2019.

“Pada 1957, Perkara 3 tidak ada ketika Suruhanjaya Reid merangka Perlembagaan. Islam bukan agama bagi Persekutuan pada 1957 kerana raja-raja Melayu ketika itu mahu urusan agama di bawah peringkat negeri.

“Sultan-sultan ketika itu bimbang sekiranya hal agama Islam sampai ke peringkat Persekutuan, maka kuasa mereka ke atas Islam akan berkurangan kerana sebagai ketua agama Islam mereka mempunyai banyak kuasa.”

Terdapat banyak negara yang mana tiada agama di bawah negeri kerana ia merupakan perkara peribadi, tambah beliau.

“Di Amerika, membaca Bible di sekolah dianggap tidak berperlembagaan kerana sekolah diuruskan menggunakan wang pembayar cukai.

“Tetapi di Malaysia, ini tidak boleh diterima atas sebab sejarah negara dan orang Melayu.

“Institusi agama di negara ini sama kuatnya seperti CIA di Amerika,” katanya. – 25 Januari, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen