India lancar satelit Kalamsat, Microsat-R


Satelit itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan (SDSC) di Sriharikota, di pantai Teluk Bengal, Andhra Pradesh selatan India pada 11.37 malam (waktu tempatan), Khamis. – Gambar AFP, 25 Januari, 2019.

PERTUBUHAN Penyelidikan Angkasa India (ISRO) berjaya melancarkan PSLV-C44 yang membawa satelit Kalamsat dan Microsat-R, kata pegawai pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua.

Satelit itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan (SDSC) di Sriharikota, di pantai Teluk Bengal, Andhra Pradesh selatan India pada 11.37 malam (waktu tempatan), Khamis.

” PSLV-C44 berjaya membawa Microsat-R dan Kalamsat-V2 ke orbit,” menurut kenyataan ISRO. 

Perdana Menteri India Narendra Modi mengucapkan tahniah di atas kejayaan itu.

” Dengan pelancaran ini, India menjadi negara pertama menggunakan empat peringkat roket angkasa sebagai platform orbit untuk eksperimen graviti mikro,” tulisnya di Twitter. – Bernama, 25 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen