Ratu Elizabeth II gesa rakyat Britain bersatu hati


Mesej Ratu Elizabeth ratu itu ketika parlimen kini tegang membahaskan mengenai Britain menarik diri daripada Kesatuan Eropah yang dijadualkan pada 29 Mac. – Gambar EPA, 25 Januari, 2019.

RATU Elizabeth II menggesa rakyat Britain supaya bersatu hati, yang dilihat sebagai usaha untuk mengatasi perpecahan dalam kalangan rakyat negaranya berkenaan isu Brexit.

Ratu berusia 92 tahun itu berkata demikian di hadapan ahli-ahli Women’s Institute (WI) dekat ladang Sandringham di timur England.

Mesej Ratu Elizabeth disampaikan pada Khamis ketika parlimen kini tegang membahaskan mengenai Britain menarik diri daripada Kesatuan Eropah yang dijadualkan pada 29 Mac.

Kerabat diraja Britain cenderung melibatkan diri dalam hal politik, dan ratu khasnya, sebagai seorang ketua negara mengamalkan sikap berhati-hati dan neutral di hadapan umum.

Dalam mesej Krismasnya bulan lepas, Ratu Elizabeth juga menyebut tentang perpaduan dan memberi amaran kepada sikap berpuak-puak.

“Dalam apa jua perbezaan, melayan orang lain dengan rasa hormat sesama manusia sering menjadi langkah pertama baik ke arah persefahaman yang lebih besar,” kata beliau. – AFP, 25 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen