Presiden China musuh utama masyarakat terbuka, kata Soros


George Soros berkata Presiden China Xi Jinping musuh paling bahaya kepada masyarakat bebas kerana memimpin rejim pengawasan berteknologi tinggi. – Gambar EPA, 25 Januari, 2019.

JUTAWAN George Soros semalam berkata Presiden China Xi Jinping “musuh paling bahaya” kepada masyarakat bebas kerana memimpin rejim pengawasan berteknologi tinggi.

“China bukan saja satu-satunya rejim kuku besi di dunia tetapi ia paling kaya, paling kuat dan paling maju daripada segi teknologi.

“Ini menjadikan Xi Jinping penentang masyarakat terbuka paling bahaya,” katanya kepada peserta di Forum Ekonomi Dunia di Davos.

Beliau turut menyatakan kebimbangan mengenai Presiden Vladimir Putin.

Pelabur kelahiran Hungary itu berkata syariakt gergasi teknologi Amerika Syarikat seperti Facebook perlu diperkukuhkan oleh pihak berkuasa bagi kebaikan demokrasi.

Soros menyatakan kebimbangan di Barat mengenai teknologi gergasi China seperti ZTE dan Huawei, ketika banyak negara mengetepikan rangkaian tanpa wayar 5G.

Katanya, Presiden Donald Trump perlu membanteras syarikat berkenaan sebagai sebahagian usaha yang lebih bertumpu kepada China daripada menarik seluruh dunia ke dalam konflik perdagangan.

“Jika syarikat berkenaan menguasai pasaran 5G, ia akan memberikan risiko keselamatan tidak boleh diterima kepada seluruh dunia,” kata Soros dalam ucapannya. – AFP, 25 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen