5 penumpang sakit, sistem udara pesawat Air Transat rosak


Lima penumpang pesawat Air Transat ke Florida dikejarkan ke hospital selepas jatuh sakit sejurus sebelum berlepas dari Quebec City semalam. – Gambar AFP, 25 Januari, 2019.

LIMA penumpang pesawat Air Transat ke Florida dikejarkan ke hospital selepas jatuh sakit sejurus sebelum berlepas dari Quebec City semalam.

Pegawai berkata ia berpunca daripada kegagalan sistem pengalihan udara yang tidak berfungsi ketika membuang ais daripada badan pesawat.

Jet itu segera kembali ke pintu lapangan terbang dan 185 penumpang dan enam anak kapal diarah keluar dari pesawat Airbus A321 ke Fort Lauderdale, kata jurucakap syarikat, Debbie Cabana.

Dua penumpang muntah, pening dan pedih mata sementara lima daripada mereka dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.

Sementara penumpang lain menaiki pesawat Air Transat lain tengah hari semalam. – AFP, 25 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen