MENYEDARI masalah dihadapi penduduk Orang Asli, ramai petani di sini cuba membantu dengan membenarkan mereka memetik sayur-sayuran secara percuma di ladang mereka atau menjual hasil tanaman dengan harga yang murah.
Mereka berharap bantuan kecil yang diberikan dapat mengurangkan kesusahan komuniti itu dan membantu mereka menjalani hidup lebih baik.
The Malaysian Insight melawat beberapa ladang di Cameron Highland dan para petani menceritakan bagaimana mereka cuba melakukan serba sedikit masyarakat Orang Asli.
Petani Ng Zhen Wei, 30, berkata tidak pernah mengenakan sebarang bayaran kepada Orang Asli yang datang ke ladangnya mengambil sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri.
“Kami sering memberi mereka sayur-sayuran secara percuma kerana mereka dari sini dan yang paling banyak sukar untuk memenuhi keperluan hidup.
“Kami juga tidak menghalang mereka daripada memilih apa juga sayur-sayuran yang mereka inginkan. Mereka biasanya mengambil apa yang mereka perlukan,” katanya.
Masyarakat Orang Asli inginkan kemudahan lebih baik, kediaman bagi keluarga yang sedang membesar dan pekerjaan.
Ini adalah rayuan mereka kepada semua calon pilihan raya kecil (PRK) yang bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Sabtu ini.
PRK itu akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Ramli Mohd Nor, M. Manogaran daripada Pakatan Harapan, dan dua calon Bebas Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.
Seorang lagi petani, yang hanya mahu dikenali sebagai Ooi, berkata beliau memberikan sayur-sayuran secara percuma kepada Orang Asli.
“Ia tidak menjejaskan saya atau margin keuntungan saya. Saya cuba membantu apa yang mampu,” katanya.
Beliau berkata, kadang-kala bersama petani lain akan memandu ke kawasan Orang Asli untuk membekalkan mereka dengan sayur-sayuran.
“Sebulan sekali kita berbuat demikian. Ia adalah satu perkara yang penting bagi kami. Hanya ini yang termampu boleh kami lakukan untuk membantu mereka,” kata lelaki berusia 65 tahun itu.
Peniaga sayur, Junia Mat Salin, 51, berkata petani bermurah hati dan akan menjual hasil tanaman dengan harga yang murah.
Beliau juga membantu Orang Asli dan akan menjual pada harga kos kepada Orang Asli tetapi cuba mendapatkan keuntungan daripada pelancong dan penduduk tempatan lain.
“Perniagaan di sini tidak begitu baik pada hari bekerja, tetapi pada hujung minggu ia lebih baik,” katanya. – 25 Januari, 2019.
Komen