5 maut tragedi tembakan terbaru di AS


SEORANG penembak membunuh sekurang-kurangnya lima orang semalam di sebuah bank di Sebring, Florida, Amerika Syarikat, kata polis.

“Kita ada sekurang-kurangnya lima mangsa, mereka yang tidak bersalah dibunuh,” kata Ketua Polis Karl Hoglund pada satu sidang media.

Penembak yang dikenal pasti sebagai penduduk Sebring berusia 21 tahun sudah ditahan, kata Hoglund.

Motif kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan masih terus berjalan.

AS dilanda kejadian tembakan awam dan keganasan senjata api lain yang membunuh hampir 40,000 orang pada 2017 sahaja, menurut Pusat untuk Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Tetapi, walaupun berdepan masalah yang besar, usaha perundangan untuk mengawal pengedaran senjata api di peringkat persekutuan berdepan tentangan hebat Persatuan Senjata Api Kebangsaan (NRA) yang berpengaruh besar. – AFP, 24 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen