KEMENTERIAN Pertahanan Korea Selatan pada Rabu mengecam tindakan sebuah pesawat peronda Jepun yang terbang rendah berhampiran kapal perang negara itu dan menyifatkannya sebagai satu “ancaman”.
Pesawat peronda Jepun terbabit terbang pada ketinggian 60 hingga 70 meter dengan pesawat Korea Selatan, kira-kira 540 meter di perairan pantai barat daya negara itu pada pukul 2.03 petang waktu tempatan.
Menurut agensi berita Xinhua, insiden terjadi di tengah-tengah pertingkaian mengenai radar di antara Seoul dan Tokyo.
Kementerian Pertahanan Jepun menuduh Korea Selatan mengunci radar kawalan sebuah pesawat peronda Jepun pada 20 Disember tahun lepas.
Korea Selatan bagaimanapun menafikan tuduhuan terbabit.
Kejadian berlaku ketika pesawat Korea Selatan sedang menjalankan misi kemanusiaan untuk menyelamatkan bot nelayan yang hanyut di perairan antarabangsa di Laut Timur. – Bernama, 23 Januari, 2019.
Komen