Pilihan raya umum Thailand pada 24 Mac 


Sejarah Thailand dipenuhi dengan krisis rampasan kuasa, kerajaan awam yang pendek dan krisis politik.– Gambar EPA, 23 Januari, 2019

THAILAND akan mengadakan pilihan raya umum pada 24 Mac, yang merupakan pilihan raya umum pertama sejak kerajaan Yingluck Shinawatra digulingkan pada 2014.

Sejak itu, pentadbiran negara berkenaan diambil alih oleh junta tentera yang menulis dan menggubal perlembagaan. 

“24 Mac akan menjadi hari pengundian,” kata pegawai suruhanjaya pilihan raya Thailand kepada pemberita, beberapa jam selepas dekri yang ditandatangani Raja Maha Vajiralongkorn memberi kuasa kepada suruhanjaya itu untuk menetapkan tarikh.   

Sejarah Thailand dipenuhi dengan krisis rampasan kuasa, kerajaan awam yang pendek dan krisis politik.

Tarikh berkenaan akan mencetuskan musim berkempen di negara itu yang mana perhimpunan politik yang berwarna warni sering berkesudahan dengan keganasan. 

Pejabat Prayut, yang merupakan perdana menteri ketika ini, menggesa “persekitaran yang teratur dan perpaduan” walaupun keganasan tidak mungkin berlaku di kalangan orang awam yang sudah penat dalam konflik politik.

Beberapa parti baru - termasuk beberapa orang yang sehaluan dengan tentera, penyokong Shinawatra yang masih kuat - telah memulakan mesyuarat dan mencetuskan desas-desus senarai nama yang akan menjadi perdana menteri.

Mereka termasuklah Prayut, yang meluangkan masa beberapa bulan mengelilingi negara itu, untuk meraih sokongan daripada rakyat. 

Namun Prayut masih lagi tidak popular dalam kalangan masyarakat Thailand, yang mana junta dituduh menyebabkan ekonomi negara itu merudum dan tidak mengambil tindakan tegas untuk membanteras rasuah serta tahap pendidikan yang teruk. – AFP, 23 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen