SEKURANG-kurangnya lapan orang terbunuh, manakala beribu lagi terpaksa berpindah akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Indonesia, kata pihak berkuasa hari ini.
Hujan lebat berserta angin kencang melanda sebahagian kepulauan Sulawesi semalaman, menyebabkan air sungai melimpah dan membanjiri berpuluh-puluh kampung di sembilan daerah sebelah selatan.
Turut terjejas ialah beberapa kawasan di Makasar.
Lima orang ditemui mati di daerah Jeneponto, sementara tiga orang lagi di Gowa, kata agensi pengurusan bencana Indonesia .
Sekurang-kurangnya empat orang dikhuatiri hilang, namun pihak berkuasa berkata mereka masih mengumpulkan maklumat.
“Hujan lebat sejak Selasa di beberapa kawasan di Sulawesi Selatan telah menyebabkan banjir,” kata jurucakap agensi itu, Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan.
Pihak berkuasa berkata usaha mencari mangsa terhalang disebabkan hujan lebat dan banjir. – AFP, 23 Januari, 2019.
Komen