Akta kesaksamaan gender tidak bercanggah Perlembagaan, kata aktivis


Alfian Z.M. Tahir

Kerajaan Pakatan Harapan digesa menzahirkan komitmen mereka terhadap akta kesaksaman gender. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 Januari, 2019.

AKTA Kesaksamaan Gender tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana perlembagaan menggalakkan kesaksamaan bagi semua warganegara, kata seorang aktivis.

“Perlembagaan menggalakkan kesaksaman, jadi Akta Kesaksamaan Gender tidak bercanggah dengan Perlembagaan.

“Tetapi, Perlembagaan tidak menyatakan bagaimana untuk capai kesaksamaan. Akta Kesaksamaan Gender, ada,” kata bekas ahli jawatankuasa Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Shanti Dairiam, hari ini.

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) yang beberapa kali menggesa kepada penggubalan Akta Kesaksamaan Gender sejak beberapa tahun, mahu kerajaan Pakatan Harapan menzahirkan komitmen mereka terhadap undang-undang tersebut dan bila akan dilaksanakan

Presiden WAO, Meera Samanther pada tahun lepas berkata golongan wanita dalam sektor swasta akan terus menderita sekiranya penggubalan undang-undang itu ditangguhkan.

“Wanita di Malaysia sudah menunggu selama 12 tahun - dan kita tidak akan menunggu lagi. Inilah masanya untuk kita bertindak bagi kesaksamaan gender dan melindungi wanita yang selama ini telah menderita,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Meera, Malaysia pada 1995 telah menandatangani Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita.

“Apalah gunanya tandatangan konvensyen itu, tetapi tidak masukkan ke dalam undang-undang Malaysia untuk melindungi kaum wanita?” soal beliau.  – 23 Januari, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen