Senat AS mengundi Khamis untuk buka sementara kerajaan


Perbezaan pandangan dasar imigresen dan kawalan keselamatan sempadan antara Republikan dan Demokrat menyebabkan kerajaan AS ditutup menyukarkan kehidupan penjawat awam dan urusan harian. – Gambar EPA, 23 Januari, 2019.

PEMIMPIN Senat AS bersetuju untuk melakukan pengundian pada Khamis ke atas dua cadangan berlainan dalam usaha membuka sementara kerajaan yang sudah masuk bulan kedua ditutup, tetapi peluang kedua-dua cadangan diterima sangat rendah.

Ketua Majoriti Senat Mitch McConneel dan pemimpin kanan Demokrat Chuck Schumer mengumumkan usaha dua cadangan itu pada Selasa.

Cadangan pertama adalah langkah prosedur untuk pembiayaan semua jabatan kerajaan yang ditutup sehingga September, termasuklah memenuhi permintaan Presiden Donald Trump untuk pembinaan tembok sempadan dan cadangan dasar imigresennya.

Pengundian kedua adalah pembiayaan sepenuhnya kerajaan sehingga 8 Februari bagi membolehkan perdebatan keselamatan dan imigresen berlaku, serta membenarkan Trump berucap di State of Union sebelum Kongres kembali bersidang.

Ia juga termasuk kelulusan pengeluaran bantuan kewangan yang sudah diluluskan Senat.

Setiap cadangan memerlukan sokongan 60 undi untuk diluluskan daripada dewan 100 ahli itu, jumlah yang tinggi memandangkan kemelut yang menyalahkan satu salam lain kerana penutupan kerajaan.

Seorang pembantu kanan Senat Republikan memberitahu AFP sukar untuk wakil Republikan menandatangani pembiayaan jangka pendek itu, dan sekalipun mereka bersetuju, presiden tidak akan bersetuju.

Tetapi seorang senator Demokrat mengatakan kepada Senat yang pengundian itu boleh “mengeluarkan kita daripada kepompong sekarang” dan menggesa rakan Republikan bersetuju meluluskan pembiayaan sementara untuk membuka seketika kerajaan.

“Ia akan membolehkan kita untuk berdebat, tanpa ugut mengugut, tanpa marah-marah…apa cara terbaik untuk keselamatan sempadan,” katanya. – AFP, 23 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen