Pengerusi RCI diminta tarik balik kenyataan tentang kerugian BNM


Asila Jalil Bede Hong

Maruah dan kehormatan RCI harus dikekalkan, kata peguam Mohamed Khatri Abdulla. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Ogos, 2017.

PEGUAM kepada Dr Mahathir Mohamad menggesa Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Mohd Sidek Hassan menarik semula kenyataannya mengatakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian sebanyak RM31.5 bilion dalam urusniaga forex 25 tahun dahulu.

Peguam utama Mohamed Khatri Abdulla membuat permohonan pada prosiding hari ini dan berkata “maruah dan kehormatan” RCI harus dikekalkan.

“Jika tidak, kami dengan rendah mengatakan bahawa sebarang kesimpulan dan pengisytiharan awal akan sama seperti melanggar perintah Yang di-Pertuan Agong,” Hanif memberitahu RCI.

“Oleh itu, kami dengan rendah diri menggesa Tan Sri Pengerusi (Sidek) secara rasmi menarik balik kesimpulan yang diumumkan pada akhir prosiding pada 21 Ogos,” katanya. 
Sidek faham akan permintaan itu.

Pada hari pertama sidang pendengaran, Sidek dilaporkan berkata  “kesimpulan hari ini” adalah kerugian BNM pada 1990 hingga 1994 adalah sebanyak RM31.5 bilion.

“Kami membantah kerana ia dibuat terlalu awal (pengisytiharan) dan ia tidak dibenarkan secara sah sehingga prosiding siasatan selesai,” kata Hanif kemudian berkata kepada pemberita.

“Dan bagi bersikap adil kepada suruhanjaya, keesokan harinya iaitu Khamis,tiada kesimpulan yang dibuat mengenai berkaitan apa-apa isu. Bagaimanapun, apa yang berlaku pada 25 Ogos, Tan Sri Annuar Musa dari Umno membuat kenyataan yang mengejutkan dan tidak betul,” katanya.

Annuar pada Jumaat lalu mengatakan kerugian sebanyak RM30 bilion itu adalah benar dan tidak dapat dipulihkan BNM.

Hasil siasatan akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 13 Oktober.

“Tiada kesimpulan harus dibuat sedikit demi sedikit dan diberitahu kepada umum sebelum cadangan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Kerugian forex berlaku ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri. Beliau bertegas nengatakan tidak terlibat dan kerugian adalah sebanyak RM10 bilion, seperti yang dilaporkan BNM pada 1994.

Ketua de facto Pakatan Harapan Anwar Ibrahim merupakan menteri kewangan antara 1991 hingga 1998 manakala Dr Mahathir yang kini Pengerusi Pakatan Harapan adalah perdana menteri antara 1981 hingga 2003.  

Ahli Parlimen pembangkang mengatakan siasatan ini bermotifkan politik. – 29 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen