Dua kapal tangki terbakar, nasib warga India belum diketahui


Sejumlah 31 kelasi, membabitkan warga Turki dan India, dilaporkan berada di atas dua kapal tangki LNG milik Tanzania. – Gambar AFP, 22 Januari, 2019.

KERAJAAN India telah menghubungi pihak Rusia bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung nasib rakyatnya yang berada di atas dua kapal terbakar di Selat Kerch, menurut kementerian hal ehwal luar negeri pada Selasa.

Insiden pada Isnin itu meragut nyawa 10 kelasi, 12 lagi berjaya diselamatkan manakala sembilan dilaporkan masih hilang, menurut agensi Xinhua memetik kenyataan rasmi kementerian.

Laporan media menyebut terdapat 15 rakyat India berada di atas kapal ketika kejadian. Satu daripada kapal terbabit membawa muatan gas asli cair. 

Sejumlah 31 kelasi, membabitkan warga Turki dan India, dilaporkan berada di atas dua kapal tangki LNG milik Tanzania.

Operasi mencari dan menyelamat sedang berjalan.

Menurut maklumat awal, satu letupan berlaku di atas sebuah daripada kapal terbabit dan menyebabkan ia terbakar sebelum merebak ke kapal kedua. – Bernama, 22 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen