Tipu cukai, Cristiano Ronaldo berdepan denda ASD21.4 juta


Pemenang lima kali Ballon d'Or itu bagaimanapun mendiamkan diri ketika ditanya pemberita yang menunggu di penghadang polis ketika tiba di mahkamah di timur laut Madrid. – Gambar AFP, 22 Januari, 2019.

CRISTIANO Ronaldo kembali ke Madrid pada hari Selasa bagi proses mahkamah di mana beliau boleh didenda sebanyak ASD21.4 juta berikutan kes penipuan cukai dalam bersama pegawai cukai Sepanyol.

Dikatakan terlibat dalam penipuan cukai pada bulan Jun dengan bekas peguam jaguh Real Madrid itu, pihak pendakwaan turut memohon penyerang Portugis, yang meninggalkan ibukota Sepanyol musim panas lalu bagi menyertai juara Itali, Juventus, diberikan hukuman penjara 23 bulan.

Bagaimanapun Ronaldo tidak akan menjalani hukuman penjara kerana hukuman dua tahun penjara secara umumnya tidak dikuatkuasakan di Sepanyol ke atas pesalah kali pertama berhubung jenayah yang bukan melibatkan tindakan keganasan.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu bagaimanapun mendiamkan diri ketika ditanya pemberita yang menunggu di penghadang polis ketika tiba di mahkamah di timur laut Madrid bagi menghadiri pendengaran tersebut, yang dijangka berlangsung hanya beberapa minit kerana kes beliau telah dibentangkan secara rasmi di hadapan hakim.

Berpakaian hitam dan memakai cermin mata hitam, Ronaldo tersenyum ketika melangkah ke dalam mahkamah dengan tangannya dipimpin teman wanitanya, Georgina Rodriguez.

Menurut jurubicara pengadilan, pihak penghakiman akan menjatuhkan hukuman terakhir pada hari Selasa atau esoknya

Peguam Ronaldo meminta agar beliau dibenarkan memasuki bangunan mahkamah dengan kereta bagi mengelak pertanyaan media.

Menurut dokumen mahkamah, presiden mahkamah menolak permintaan tersebut, di samping mengatakan bahawa walaupun Ronaldo memiliki “kemasyhuran yang hebat”, pihaknya tidak akan “berkompromi mengenai keselamatan” di dalam bangunan.

Permintaan Ronaldo untuk mendengar kes beliau melalui sambungan video juga turut ditolak pihak mahkamah. – AFP, 22 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen