TEMAN lelaki Puteri Jepun Mako menegaskan bahawa keluarganya tidak mempunyai masalah kewangan yang dikatakan menjadi punca pertunangan mereka tertangguh.
Kei Kamuro dan Mako, pada mulanya dijadualkan melangsungkan pertunangan di mahkamah tradisional Jepun pada awal 2018 sebelum berkahwin hujung tahun yang sama.
Namun perkahwinan mereka itu tertangguh pada Februari tahun lalu selepas laporan mengatakan keluarga Komura dihimpit masalah kewangan apabila ibunya gagal membayar hutang empat juta yen (AS$36,000) kepada bekas tunangnya.
Dalam kenyataan yang disiarkan hari ini, Komuro berkata: “Saya dan ibu mahu menjelaskan bahawa pinjaman daripada bekas tunang ibu saya sudah langsai.”
Komuro berkata apabila ibu dan tunangnya berpisah pada 2012, lelaki itu wang yang dipinjamkan untuk majis pertunangan mereka tidak perlu dibayar semula.
Namun setahun kemudian, lelaki itu meminta semula wang yang diberikannya kepada ibu Komuro.
Kemudian ibunya menemui bekas pasangannya itu dan memberitahu dia tidak mampu membayar wang tersebut dan tiada lagi permintaan dikemukakan oleh lelaki tersebut.
Pada Februari 2018, Komuro dan Mako menangguhkan perkahwinan mereka sehingga 2020 dengan alasan memerlukan lebih masa untuk melakukan persediaan.
Namun khabar angin mengatakan perkahwinan itu ditangguh atas faktor kewangan. – AFP, 22 Januari, 2019.
Komen