PENGGUNA aplikasi WhatsApp kini hanya boleh memanjangkan mesej kepada lima penerima pada satu-satu masa sebagai langkah untuk memerangi penyebaran maklumat salah dan palsu.
Naib Presiden Dasar dan Komunikasi WhatsApp, Victori Grand berkata langkah itu berkuatkuasa di seluruh dunia bermula semalam.
Sebelum ini, pengguna aplikasi itu boleh memanjangkan mesej kepada 20 individu atau berkumpulan.
Had lima penerima itu diperluaskan ke seluruh dunia susulan insiden penyebaran khabar angin di media sosial di India pada Julai lalu yang membawa kepada pembunuhan dan cubaan membunuh.
WhatsApp, yang mempunyai 1.5 bilion pengguna, sentiasa mencari jalan untuk menghentikan salah guna aplikasi itu, susulan kebimbangan global bahawa ia digunakan untuk menyebarkan berita palsu, memanipulasi gambar, video tanpa konteks, dan audio palsu, dengan tiada cara memantau asal berita.
Dalam pada itu, kata ketua komunikasinya, Carl Wong berkata WhatsApp telah melancarkan kemas kini untuk mengaktifkan had pemanjangan mesej baru, bermula semalam.
Pengguna Android adalah yang mula menerima kemas kini diikuti pengguna iOS. – AFP, 22 Januari, 2019.
Komen