MESIR dan China pada Isnin memeterai satu perjanjian berkaitan geran China bernilai AS$72 juta bagi projek satelit Mesir, Sat II, lapor agensi berita Xinhua memetik agensi berita MENA.
Perjanjian itu menggambarkan kerjasama yang membuahkan hasil antara kedua-dua negara, lapor MENA memetik kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi Mesir Khaled Abdel Ghaffar.
Ghaffar turut menggariskan hubungan erat yang terjalin antara Mesir dan China dalam semua bidang, terutama pendidikan tinggi dan penyelidikan saintifik.
Majlis menandatangani perjanjian itu dihadiri oleh Mahmoud Hussein, pemangku ketua Pihak Berkuasa Nasional Mesir bagi Penderiaan Jauh dan Sains Angkasa Lepas; Song Aiguo, Duta China di Mesir dan Han Bing, Menteri Kaunselor bagi Hal Ehwal Ekonomi di Kedutaan China di Kaherah. – Bernama, 22 Januari, 2019.
Komen