SENATOR Kamala Harris mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya presiden sebagai calon parti Demokrat, sekali gus menjadi rakyat Amerika Syarikat (AS) keturunan Afrika pertama menyandang jawatan itu.
Selain Harris, beberapa tokoh lain turut menawarkan diri bagi mewakili parti Demokrat untuk menentang Presiden Donald Trump.
Calon lain berkenaan adalah Senator Elizabeth Warren dari Massachusetts; anggota Kongres dari Hawaii, Tulsi Gabbard; Senator Kirsten Gillibrand dari New York dan bekas setiausaha perumahan, Julian Castro.
Mereka bakal bertanding sebelum dipilih sebagai calon parti Demokrat dalam pilihan raya presiden yang bakal berlangsung pada 2020. – AFP, 22 Januari, 2019.
Komen