Generasi ketiga dakwa BN ada agenda halau peneroka


Sheridan Mahavera

Peneroka generasi ketiga Felda mendakwa BN ada rancangan untuk menghalau Peneroka akibat bebanan hutang yang terlalu tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Januari, 2019.v

KERAJAAN terdahulu Barisan Nasional (BN) ada rancangan untuk menghalau peneroka Felda kerana bebanan hutang, dan menjadikan skim tanah rancangan itu kepada perladangan swasta, dakwa peneroka generasi ketiga.

Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, di mana datuk dan neneknya adalah peneroka tanah rancangan pertama Felda di Lurah Bilut, mendakwa itu sebabnya kenapa BN membebankan peneroka dengan hutang yang melampau.

“Agendanya ialah menjadikan hidup anda bertambah susah hingga dihalau keluar. Dengan cara itu, mereka dengan mudah akan bawa masuk warga asing hidup dan bekerja dalam skim itu pada kos lebih rendah,” kata Ashraf yang juga pemimpin belia Pakatan Harapan (PH).

“Kesannya ialah dalam tempoh 10 hingga 12 tahun, peneroka terpaksa keluar dan mereka akan digantikan dengan pekerja warga asing,” katanya pada program ceramah PH malam tadi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

PH berharap mendapatkan sokongan pengundi di tiga penempatan Felda dalam kawasan itu, yang membentuk bank undi penting dalam PRK yang akan diadakan 26 Januari ini.

Terdapat kira-kira 2,800 pengundi di Felda Sungai Koyan Satu, Dua dan Tiga di Jelai, yang terletak di bawah kawasan Cameron Highlands.

Ashraf mendakwa neneknya yang berusia 80 tahun terpaksa menanggung hutang akibat skim penanaman semula Felda.

“Mereka beri pinjaman baharu untuk tanam semula pokok lama, sementara tunggu pokok matang, peneroka terpaksa mengambil elaun sara hidup RM1,000 sebulan.”

Tetapi sebaliknya bukan tiga tahun masa menunggu, sesetengah peneroka terpaksa tunggu lebih empat tahun untuk ladang mereka ditanam semula.

“Mereka tanah semula selepas empat tahun, boleh anda bayangkan seorang wanita 80 tahun ada hutang sehingga RM40,000? Agenda ini untuk menyusahkan lagi hidup anda.”

Ashraf berkata penting untuk bercakap tentang perkara itu kepada peneroka, untuk menunjukkan betapa teruknya salah urus Felda di bawah BN.

“Ramai antara anda merungut yang kerajaan baharu sepatutnya berhenti menyalahkan kerajaan lama dan mula selesaikan masalah. Tetapi penting untuk diingat siapa yang mencipta semua masalah ini pada awalnya,” katanya. – 22 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen