PRESIDEN Uganda Yoweri Museveni mengarahkan pihak berkuasa supaya tidak lagi mengeluarkan atau memperbaharui lesen syarikat perjudian sebagai usaha untuk membanteras aktiviti perjudian, kata menteri kewangan hari ini.
Menteri Kewangan David Bahati berkata arahan presiden itu akan dilaksanakan.
“Mulai hari ini tiada lesen akan dikeluarkan untuk syarikat baharu. Bagi syarikat yang telah mendaftar, lesen yang tamat tidak akan diperbaharui,” kata Bahati yang menjelaskan bahawa Museveni mengarahkan ia akan dikuatkuasakan serta-merta.
Di Afrika Selatan, perjudian terutamanya dalam bidang sukan menjadi satu fenomena yang didorong oleh kemudahan televisyen satelit dan digital serta perjudian dalam talian dan aplikasi judi menerusi telefon pintar.
Dalam hanya beberapa tahun, pusat judi tumbuh melata di bandar dan kampung di seluruh Uganda. – AFP, 21 Januari, 2019.
Komen