ISRAEL akan merasmikan lapangan terbang baharu hari ini, untuk meningkatkan pelancongan dan sebagai alternatif kecemasan bagi Lapangan Terbang Ben-Gurion di Tel Aviv.
Upacara rasmi yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu itu dijadualkan pada jam 11.30 pagi waktu tempatan.
Lapangan Terbang Ramon buat permulaan akan mengendalikan hanya penerbangan domestik di bawah kendalian syarikat penerbangan Israel, Arkia dan Israir.
Tarikh bagi permulaan penerbangan antarabangsa masih belum ditetapkan.
Lapangan terbang baharu itu diberi nama bersempena nama Ilan Ramon, angkasawan Israel pertama yang meninggal dunia dalam kemalangan kapal angkasa Columbia pada 2003. – AFP, 21 Januari, 2019.
Komen