SEORANG lelaki maut diserang seekor singa ketika sedang memanjat dinding zoo di Punjab, utara India.
Pihak berkuasa berkata mangsa memanjat dinding setinggi 6 meter di Zoo Chhatbir yang menempatkan empat singa semalam dan memasuki kawasan larangan sebelum diserang haiwan berkenaan.
“Mangsa menceroboh zoo. Kami membawanya ke hospital tetapi meninggal dunia ketika sedang dirawat,” kata pegawai jabatan perhutanan negeri, Roshan Sunkaria.
Singa yang menyerang mangsa disahkan daripada spesies Asiatik, iaitu spesies terancam dan menjadi tarikan utama pelancong.
Spesies Asiatik kini hanya terdapat kira-kira 500 ekor yang hidup dalam keadaan liar di pusat perlindungan Gir di Gujarat, barat India.
Pihak berkuasa sehingga kini masih gagal menghubungi keluarga atau waris mangsa bagi memaklumkan mengenai insiden itu. – AFP, 21 Januari, 2019.
Komen