DUA maut sementara 25 mangsa lain cedera dalam insiden kebakaran di pusat peranginan ski Courchevel, banjaran Alps Perancis, semalam, kata pihak berkuasa.
Kebakaran yang berlaku sebelum subuh itu menyebabkan kira-kira 60 pekerja pusat peranginan termasuk warga asing dipindahkan daripada bangunan penginapan tiga tingkat.
Bomba menjumpai dua mayat yang tidak dikenal pasti di kawasan bangunan di stesen ski mewah Courchevel 1850.
Pihak berkuasa tempatan berkata, empat mangsa cedera serius dengan tiga daripadanya dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter.
Setakat ini, punca kebakaran masih tidak diketahui. – AFP, 21 Januari, 2019.
Komen