Israel lancar serangan balas terhadap Iran di Syria 


Sebuah lori mengangkut kereta kebal milik Israel ke Bukit Golan sebagai persediaan untuk serangan balas terhadap Iran di Syria.– Gambar EPA, 21 Januari, 2019

TENTERA Israel berkata, pihaknya akan melancarkan serangan ke atas sasaran Iran di Syria selepas memintas roket yang ditembak dari wilayah Syria bberapa jam sebelum itu. 

Ia berkata dalam satu kenyataan bahawa “kini mengalahkan” Pengawal Revolusi Iran Quds di Syria dan memberi amaran kepada tentera Syria terhadap sebarang “cubaan untuk mengancam wilayah atau pasukan tentera Israel”.

Bagaimanapun tiada butiran dinyatakan berhubung serangan itu. 

Tentera Israel pada Ahad berkata, sistem pertahanan udaranya memintas roket yang ditembak dari Syria, selepas Damsyik menuduh Israel melancarkan serangan udara di selatan negara itu. 

Israel berazam untuk menghalang musuh utamanya Iran daripada mengukuhkan ketenteraannya di Syria.

Ia melancarkan ratusan serangan udara di kawasan yang dikatakan sasaran ketenteraan Iran dan menghantar senjata kepada Tehran yang disokong Hizbullah, iaitu kumpulan militan Syiah dari Lubnan. 

Israel jarang memgesahkan serangannya secara umum di Syria. 

Pesawat pejuangnya turut berdepan dengan tembakan anti-pesawat ketika serangan itu, namun media Israel pada Ahad melaporkan tembakan itu termasuk peluru berpandu dari Syria. 

Tentera Israel berkata, ia hanya memintas serangan roket yang dilancaran di utara Bukit Golan. – AFP, 21 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen