Video rahib menyanyi qasidah tular di Indonesia


SEBUAH video menunjukkan rahib menyanyi qasidah di Indonesia tular ketika rakyat di republik majoriti umat Islam itu berdepan dengan beberapa insiden kurang tolak ansur berhubung soal salib Kristian.

Portal berita The Jakarta Post melaporkan video yang tersebar melalui YouTube itu dipuji banyak pihak sebagai contoh toleransi masyarakat berbilang agama di tengah-tengah kurangnya tolak ansur yang sedang berkembang.

Video itu dimuat naik oleh sebuah badan gereja di Indonesia pada Rabu dan tular selepas disebarkan seorang pengguna Twitter sehari kemudian, lapor The Jakarta Post.

Memetik badan gereja itu, portal akhbar berkenaan melaporkan rahib berkenaan ikut berlatih dengan kumpulan qasidah Mifthaul Jannah sebelum mereka naik panggung bersama semasa sebuah acara kem remaja di Banten baru-baru ini.

Lagu yang dinyanyikan berjudul Jilbab Putih.

Video ini tular tidak lama selepas timbul polemik mengenai sebuah kubur Kristian di tanah perkuburan umum di sebuah perkampungan Islam di Yogjakarta yang dirosakkan tanda salibnya.

Minggu lalu, di Surakarta di Jawa Tengah, pihak berkuasa daerah terpaksa memadam dengan cat hiasan di jalan raya yang disalah anggap oleh pelbagai pihak sebagai tanda salib. – 20 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • NABI ADAM yang berada di syurga masih boleh terkena tipu HELAH IBLIS apalagi kita yang hidup di dunia. Mohonlah AMPUN yang sebanyak banyaknya dan tidak henti henti DAN JANGAN ULANGI DOSA YANG TELAH LALU agar di ampunkan SEGALA DOSA kerana SESUNGGUHNYA ORANG YANG DIAMPUNKAN DOSA DIMASUKKAN KE SYURGA.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh FAIZ SUHAIMI · Ulasan