2 sami ditembak mati di selatan Thailand


Penyerang berpakaian hitam bersenjatakan senapang masuk ke kuil Rattanaupap di wilayah Narathiwat dekat sempadan Malaysia petang semalam lalu melepaskan tembakan. – Gambar AFP, 19 Januari, 2019.

SEKUMPULAN lelaki bersenjata menembak mati dua sami Buddha dan mencederakan dua yang lain di sebuah kuil semlam, kata polis.

Supritendan Pakdi Preechachon berkata penyerang berpakaian hitam bersenjatakan senapang masuk ke kuil Rattanaupap di wilayah Narathiwat dekat sempadan Malaysia petang semalam lalu melepaskan tembakan.

“Kejadian berlaku pada sekitar jam 7.30 malam (waktu tempatan) apabila seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali berpakaian hitam masuk ke belakang kuil menerusi sungai,” kata Pakdi.

“Dua orang sami mati ditembak manakala dua lagi cedera.”

Pemberotakan antara pemberontak etnik Melayu-Islam dengan kerajaan Thai di wilayah itu bermula sejak seabad yang lalu dan telah meragut hampir 7,000 nyawa, kebanyakannya orang awam.

Angka kematian di wilayah selatan itu berkurang pada tahun lepas sejak junta Thai mengetatkan rangkaian keselamatannya. Bagaimanapun, keganasan kian meningkat sejak beberpa hari kebelakangan ini. – AFP, 19 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen