Jangan kelirukan isu letak kereta di Cameron Highlands, kata Manogaran 


Noel Achariam

Kerajaan Pahang juga mengenakan bayaran letak kereta di kawasan kediaman, selain kawasan tarikan pelancong, kata Calon Pakatan Harapan M Manogaran. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Januari, 2019.

KERAJAAN negeri Pahang mengelirukan orang ramai mengenai isu ruang letak kereta di Tanah Rata, kata M Manogaran.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil Cameron Highlands itu berkata Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail tidak faham apa yang sebenarnya diperlukan oleh penduduk di situ.

“MB Pahang kata bayaran letak kereta hanya akan dikenakan di kawasan tarikan pelancong tetapi ruang letak kereta juga diletakkan di kawasan kediaman.

“Beliau kelirukan orang ramai,” katanya selepas melawat Lorong Camelia 1 di kawasan rumah-rumah persendirian di mana bayaran letak kereta dikenakan.

Wan Rosdy menyangkal dakwaan Manogaran itu dengan berkata kadar bayaran letak kereta di Cameron Highlands terlalu mahal dan tidak adil.

Bayaran letak kereta katanya, hanya boleh dikenakan di Tanah Rata, Brinchang dan Kea Farm memandangkan itu adalah kawasan tarikan pelancong yang popular.

Tambah beliau, kawasan seperti Lembah Bertam, Ringlet, Habu, Tringkap, Kuala Terla dan Kg Raja tidak dikenakan bayaran letak kereta.

Bayaran letak kereta dikenakan untuk mengurangkan kawasan letak kereta haram dan kesesakan yang disebabkan oleh kenderaan peniaga. – 19 Januari, 2019.

Berita penuh di sini.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen