PERDANA Menteri Britain Theresa May bercakap kepada pemimpin-pemimpin EU Jean-Claude Juncker dan Donald Tusk melalui telefon pada hari Jumaat untuk membincangkan langkah seterusnya berhubung Brexit.
May sebelum ini berhubung dengan Brussels hanya melalui mesej teks sejak Selasa, ketika parlimen Britain menolak Brexit yang ditandatangani pada bulan November.
“Berbincang dengan PM @theresa_may mengenai langkah seterusnya bagi pihak UK. #Brexit,” kata Tusk dalam akaun Twitter beliau, yang mewakili pemimpin EU sebagai presiden Majlis Eropah.
May juga turut bercakap secara berasingan dengan ketua eksekutif EU, Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker, atas permintaan beliau.
“Ini adalah pertukaran maklumat dari kedua-dua pihak. Kedua-dua pihak bersetuju untuk terus berhubung,” kata jurucakap Juncker.
Ahli politik Britain itu kini berada dalam keadaan sukar untuk keluar dari kebuntuan pertikaian mengenai Brexit, yang menyaksikan Britain keluar daripada kesatuan itu tanpa apa-apa perjanjian pada 29 Mac tahun lalu.
Pemimpin EU setakat ini menolak rundingan semula mengenai persetujuan bersama itu, namun memberi isyarat bahawa mereka akan menangguhkan pengunduran Britain sebelum ini jika May tampil dengan perancangannya. – AFP, 18 Januari, 2019.
Komen