TINDAKAN memecat Ketua Pemuda PKR Kelantan Mohd Hafidz Rizal Amran dibuat oleh ketua Pemuda parti Nik Nazmi Nik Ahmad sendiri.
Timbalannya Dr Nik Nazmi Afif Bahardin berkata keputusan itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dalam mesyuarat di peringkat kebangsaan.
“Pemecatan Hafidz diputuskan oleh Nik Nazmi, perkara itu tidak dibangkitkan dengan jawatankuasa (kepimpinan) atau dalam sebarang mesyuarat bagi sebarang keputusan,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Hafidz menerima berita penyingkirannya Isnin pagi melalui mesej WhatsApp daripada Nik Nazmi.
Nik Nazmi sebelum ini memberitahu The Malaysian Insight yang keputusan memecat Hafidz dibuat selepas pertemuan antara Pemuda PKR pusat dan negeri, yang dihadiri timbalannya Dr Afif. – 28 Ogos, 2017.
MENYUSUL LAGI
Komen