KERAJAAN Pakatan Harapan perlu memberi RM1 bilion sebagai bantuan kepada Felda bagi membuktikan bahawa ia mampu menguruskan agensi pembangunan tanah itu dengan lebih baik berbanding pentadbirannya, kata bekas perdana menteri Najib Razak.
Ini adalah antara tiga cabaran yang ditujukan oleh Najib kepada kerajaan yang baru berusia tujuh bulan ketika dia berkempen untuk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands akhir bulan ini.
Ketiga-tiga penempatan Felda di Sungai Koyan di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai itu menyumbang kira-kira 2,800 undi dan menjadi kubu kuat BN dan Umno. Jelai adalah kawasan pilihan raya di Cameron Highlands yang diwakili Menteri Besar Pahang yang juga merupakan Pengerusi BN Pahang Wan Rosdi Wan Ismail.
“Sekiranya saya masih Perdana Menteri, saya akan beri Felda RM1 bilion. Apa masalahnya?” Kata Najib dalam ucapannya kepada peneroka dan penyokong BN di Felda Sungai Koyan di Jelai, Cameron Highlands hari ini.
“Ini kerana kerajaan tidak beri wang kepada Felda sehingga ia terpaksa keluar dan mendapatkan pinjaman bagi skim penanaman semula. Ini adalah cabaran saya kepada kerajaan baru.”
Cabaran kedua Najib terhadap pentadbiran baru itu ialah untuk menggunakan hubungannya dengan China dan India bagi meyakinkan kedua-dua negara itu untuk membeli lebih banyak minyak sawit keluaran Malaysia bagi mengukuhkan melancarkan pasaran Malaysia dan membolehkan harga kelapa sawit dunia naik semula. – 18 Januari, 2019.
MENYUSUL
Komen