Wanita mati ditembak dekat gereja di Houston, AS


SEORANG wanita maut dan seorang lagi parah dalam kejadian tembakan di tempat letak kereta gereja di Houston, pada Khamis lapor akhbar tempatan.

Siasatan awal pihak berkuasa menyatakan, wanita yang maut itu mempunyai kaitan dengan pembunuh.

Kejadian berlaku kira-kira 7 petang waktu tempatan di lot parkir Gereja Katolik Christ the Redeemer, kira-kira 30 kilometer ke barat laut Houston, kata pegawai pejabat polis Daerah Harris.

Agensi berita Xinhua melaporkan penyerang, yang gambarnya tidak didedahkan, masih bebas.

“Wanita itu mempunyai kaitan dengan penyerang. Tempat kejadian berhampiran gereja terkawal,” menurut kenyataan pejabat polis. 

Gereja itu turut mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook berhubung kejadian itu. – Bernama, 18 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen