Serangan bom di akademi polis Colombia ragut 21 nyawa


Pengebom yang disahkan terbunuh dalam serangan itu memandu sebuah trak yang membawa 80kg bahan letupan di akademi polis di selatan Bogota, kata Kementerian Pertahanan. – Gambar EPA, 18 Januari, 2019.

COLOMBIA mengisytiharkan tiga hari berkabung selepas sekurang-kurangnya 21 orang mati dalam serangan bom di sebuah akademi latihan polis di Bogota semalam.

Kejadian yang terburuk dalam 16 tahun itu turut mencederakan 68 yang lain.

Pihak berkuasa berkata pengebom yang telah dikenal pasti itu tiada kaitan dengan kumpulan gerila bersenjata.

Pengebom yang disahkan terbunuh dalam serangan itu memandu sebuah trak yang membawa 80kg bahan letupan di akademi polis di selatan Bogota, kata Kementerian Pertahanan.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

Pendakwa raya Nestor Humberto Martinez serangan tersebut dilakukan oleh suspek bernama Jose Aldemar Rojas Rodriguez.

Martinez berkata Rojas masuk ke dalam kawasan akademi pada jam 9.30 pagi waktu tempatan menaiki sebuah trak Nissan Patrol 1993. – AFP, 18 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen