Putrajaya lancar video Dr Mahathir bidas kempen anti minyak sawit


Bede Hong

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad muncul dalam video untuk menghapuskan stigma dan gerakan global anti minyak sawit serta menyifatkannya sebagai helah para pesaing.

“Kempen utama menentang minyak sawit adalah kerana ia bersaing dengan minyak sayuran lain.

“Dan dalam persaingan, para pesaing boleh cuba sebaik mungkin untuk memastikan minyak kelapa sawit ditolak oleh pengguna,” kata Dr Mahathir dalam video tiga minit yang dimuat naik di laman Facebook Menteri Teresa Kok malam tadi.

“Tetapi sebenarnya tiada asas untuk parkara itu. Ia hanya soal mengenai persaingan dengan minyak makan,” katanya.

Pemimpin berusia 93 tahun itu kemudiannya menjain nilai nutrisi minyak makan, dengan mengakui beliau juga menggunakannya.

“Sejak dahulu lagi, orang ramai sudah menggunakan minyak kelapa sawit Malaysia. Saya sendiri menggunakan minyak sawit sebagai minyak pilihan apabila tukang masak menyediakan makanan untuk saya,” katanya.

“Minyak kelapa sawit dituduh mempunyai kesan buruk terhadap pengguna tetapi industri minyak sawit sudah menyerahkan minyak untuk pemeriksaan di beberapa makmal di Amerika dan mereka tidak menemui bukti bagi kesan buruk akibat penggunaan minyak sawit.”

Video itu adalah sebahagian daripada kempen promosi yang dipanggil “Sayangi Minyak Sawitku - Produk 5 Bintang Malaysia”, satu inisiatif sepanjang tahun yang diharapkan kementerian akan “memupuk kebanggaan negara” dan “penghargaan yang lebih tinggi” terhadap minyak sawit, kepentingan ekonominya, pemakanan dan aplikasi bukan makanan.

Dr Mahathir juga turut membidas tuduhan pengkritik bahawa industri kelapa sawit dipersalahkan kerana pembasmian hutan secara besar-besaran, mendakwa lebih 50% kawasan permukaan Malaysia dilitupi oleh hutan.

“Di Malaysia kita berhati-hati memelihara hutan kita. Lebih 50% kawasan permukaan Malaysia dilitupi hutan. Sudah pasti pokok kelapa juga merupakan pokok yang menyerap karbon dioksida,” katanya.

Beliau menyeru rakyat Malaysia agar menyokong penggunaan minyak kelapa sawit kerana “ia baik untuk mereka dan ekonomi”.

Ahli Parlimen Eropah semakin lantang menyuarakan kebimbangan terhadap penggunaan minyak kelapa sawit harus dibelenggu atas alasa ia secara tidak langsung melepaskan gas rumah hijau semasa menyemai dan menanamnya. – 18 Januari, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • BARAT cakap GST terbaik, Malaysia cakap GST buruk, BARAT cakap Sawit buruk Malaysia cakap Sawit baik. Masing masing ada pendapat. Tidak perlu terlalu lantang di media nanti jadi tin kosong, segerakan stragtegi untuk lariskan produk sawit. Kasihan pengusaha sawit yang semakin merana jangan sampai mengisi borang E kasih.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh FAIZ SUHAIMI · Ulasan