10 maut, 41 cedera dalam pertempuran di Libya


Seramai 10 orang terbunuh dan 41 lagi cedera dalam pertempuran bersenjata di ibu negara Libya. – Gambar fail AFP, 18 Januari, 2019.

SERAMAI 10 orang terbunuh dan 41 lagi cedera dalam pertempuran bersenjata di ibu negara Libya, pada Khamis lapor agensi berita Anadolu memetik sumber Kementerian Kesihatan.

Konfrontasi antara kumpulan bersenjata itu tercetus pada Rabu di selatan Tripoli, ketika perjanjian gencatan senjata yang diusahakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – dibubarkan berkuat kuasa empat bulan sebelum ini.

Kementerian itu berkata mangsa yang cedera, termasuk wanita dan kanak-kanak, dihantar ke beberapa hospital.

Pada 4 September tahun lepas, Misi PBB di Libya (UNSMIL) mengumumkan gencatan senjata dicapai selepas insiden berdarah di ibu negara yang menyaksikan puluhan penduduk terbunuh.

Libya terus dicengkam keganasan sejak 2011, apabila pemberontakan yang disokong NATO membawa kepada kekacauan dan kematian Presiden Muammar Gaddafi selepas lebih empat dekad berkuasa.

Sejak itu, perpecahan politik Libya mewujudkan dua pemerintah – satu berkuasa di Tobruk dan satu lagi di Tripoli, selain kemunculan banyak kumpulan militia. – Bernama, 18 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen