PIHAK berkuasa Maghribi menggagalkan 88,761 cubaan membolosi sempadan negara itu, peningkatan 37% berbanding sebelumnya, kata Kementerian Dalam Negeri pada Khamis.
Memetik perangkaan kementerian itu, agensi berita Xinhua melaporkan, 80% cubaan dilakukan oleh pendatang tanpa izin dan 29,715 migran terbabit diselamatkan di laut.
Pihak berkuasa Maghribi turut menggagalkan 229 rangkaian penyeludupan pada tahun lalu, kata kementerian dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu turut menyatakan, kira-kira 5,608 imigran memilih untuk pulang ke negara asal mereka secara sukarela. – Bernama, 18 Januari, 2019.
Komen