SPR perlu jawab kenapa ada stesen mengundi tutup awal, kata Annuar


Noel Achariam

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa mempersoalkan tindakan SPR mengehadkan waktu mengundi terutama di kawasan pedalaman di Cameron Highlands. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 18 Januari, 2019.

ANNUAR Musa mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengehadkan waktu mengundi bagi stesen daerah mengundi tertentu di Cameron Highlands.

Setiausaha agung Umno itu berkata daripada 28 stesen, hanya tiga yang akan dibuka hingga 5 petang pada hari mengundi 26 Januari.

“Tiga stesen itu ialah Lembah Bertam, Tanah Rata dan Ringlet. Yang lain akan ditutup antara jam 1 hingga 4 petang.

“Kami soal kenapa kepada SPR tetapi mereka kata ia tidak boleh diubah.

“SPR perlu selesaikan isu ini,” katanya hari ini selepas menghadiri sesi sarapan pagi di Tanah Rata.

Annuar berkata di sesetengah kawasan Orang Asli, pengundi terpaksa meredah sehingga 40km untuk mengundi.

“Masa mengundi di kawasan ini terlalu pendek. Kenapa hanya di kawasan bandar ia dibuka hingga 5 petang dan di kawasan pedalaman, tutup awal?

PRK itu akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan M. Manogaran, Ramli Mohd Nor (BN) dan dua calon bebas Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee. – 18 Januari, 2019.

Baca berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen