ISRAEL mendakwa Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad “pelampau anti Semitisme” selepas berkata negaranya tidak akan menganjurkan lebih banyak program sukan membabitkan peserta dari negara Yahudi itu.
Minggu lalu, Dr Mahathir berkata perenang Israel tidak akan dibenarkan ke Malaysia – negara majoriti Islam – untuk kejohanan tahun ini yang dianggap sebagai acara kelayakan untuk Paralimpik Tokyo 2020.
Menteri Luar Saifuddin Abdullah pada Rabu bertegas mengatakan negara ini tidak akan menganjurkan program yang mempunyai penyertaan Israel.
“Ia tentang berjuang bagi pihak yang tertindas,” katanya.
Jurucakap Kementerian Luar Israel Emmanuel Nahshon menyelar balik kepada keputusan yang dianggap “memalukan” untuk melarang atlet dari negara itu dan berkata tindakan berkenaan “menindas semangat Olimpik”.
“Israel mengutuk keputusan yang tidak syak lagi diilhamkan oleh PM Mahathir,” katanya.
“Kami mendesak Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa untuk mengubah keputusan yang salah ini atau ubah lokasi acara.”
Kuala Lumpur menolak rayuan dari badan kesukaran dunia untuk mencari penyelesaian terhadap perkara itu.
Malaysia tidak ada hubungan diplomatik dengan Malaysia. Masuk ke Malaysia menggunakan pasport Israel tidak dibenarkan.
Perjuangan Palestin mendapat sokongan luas di Malaysia, dengan ribuan rakyat mengadakan protes jalanan ketika Presiden AS Donald Trump mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel pada 2017.
Israel menjajah Jerusalem, di timur Arab pada 1967 dan kemudian mengisytiharkan keseluruhan bandar itu “ibu kota abadi dan tidak dapat dipisahkan”, tetapi rakyat Palestin mendakwa bahagian timur itu sebagai ibu kotanya pada masa akan datang.
Malaysia sebelum ini pernah menghalang atlet Israel bertanding dalam kejohanan sukan sebelum ini. Dua peluncur angin Israel terpaksa menarik diri daripada pertandingan di Langkawi selepas tidak dibenarkan visa pada 2015.
Kuala Lumpur juga enggan menjadi penganjur persidangan untuk badan pengurus bola sepak dunia FIFA in 2017 kerana delegasi Israel dijadualkan hadir. – AFP, 18 Januari, 2019.
Komen