PEJABAT Peguam Negara dengan tegas membantah sebarang permohonan oleh bekas perdana menteri Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraan jenayah yang berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam satu surat kepada Hakim Nazlan Mohd Ghazali yang dilihat oleh The Malaysian Insight, Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Manoj Kurup membantah permohonan penangguhan Najib yang difailkan pada Selasa lalu.
“Kami ingin menarik perhatian Yang Arif bahawa kami membantah secara tegas terhadap permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan yang dijadualkan… dan permohonan penangguhan akan menyebabkan kelewatan yang tidak munasabah terhadap perbicaraan yang dijadualkan,” kata Manoj.
Alasan penangguhan itu, seperti yang difailkan oleh peguam utama Najib, Shafee Abdullah pada hari Selasa, adalah bagi membolehkan pihak mahkamah menyelesaikan tiga perkara interlokutori sebelum apa-apa perbicaraan. – 17 Januari, 2019.
MENYUSUL
Komen