LAPANGAN Terbang Antarabangsa Louisville di Kentucky, Amerika Syarikat (AS) dinamakan semula sempena nama peninju legenda, Muhammad Ali.
Bandar Louisville merupakan tempat di mana beliau dilahirkan dan dibesarkan, lapor agensi berita Anadolu.
Pihak Lembaga Lapangan Terbang Wilayah Louisville pada Rabu mengundi untuk menukar nama itu kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Louisville Muhammad Ali.
Juara kelas dunia tiga kali itu meninggal dunia pada 4 Jun 2016 pada usia 74 tahun selepas lama menderita penyakit Parkinson.
Menurut akhbar Courier-Journal, Datuk Bandar Louisville Greg Fischer berkata beliau legenda terkenal dunia dan meninggalkan warisan legasinya di samping menjadi sumber inspirasi bukan sahaja kepada golongan atlet malah jutaan yang lain. – Bernama, 17 Januari, 2019.
Komen