MICROSOFT pada Rabu menyumbang AS$500 juta untuk merancakkan pembinaan rumah mampu milik di kawasan Puget Sound di Washington, di mana terletaknya ibu pejabat syarikat gergasi teknologi AS itu.
“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, rumah tidak dibina dengan cukup untuk orang-orang di sini,” kata eksekutif Microsoft, Amy Hood dan Brad Smith dalam satu hantaran blog.
“Syarikat kami akan memberi $500 juta untuk menyelesaikan masalah rumah mampu milik.”
Microsoft baru beberapa tahun ditubuhkan ketika syarikat itu berpindah dari New Mexico ke bandar Bellevue di Seattle pada 1979. Kini syarikat itu mempunyai ibu pejabat di Redmond.
Sejak 2011, pertumbuhan pekerjaan di Seattle itu berada pada kadar 21% manakala pertumbuhan pembinaan rumah pada 13%.
Menurut Hodd dan Smith, harga rumah naik dua kali ganda dalam tempoh lapan tahun lalu, menjadikan Seattle di tangga keenam wilayah termahal di AS.
“Jurang antara pertumbuhan pekerjaan dan perumahan semakin melebar di pinggir-pinggir bandar sekitar Seattle berbanding di Seattle sendiri,” kata mereka.
“Ini adalah satu masalah besar. Dan ia semakin teruk.”
AS$500 juta itu akan digunakan sebagai permulaan bagi menyelesaikan krisis perumahan, kata mereka lagi. – AFP, 17 Januari, 2019.
Komen