Mahkamah Venezuela penjarakan ejen penyangak tahan presiden


Presiden Juan Guaido dalam perjalanan ke perhimpunan politik di luar ibu kota Venezuela pada Ahad apabila keretanya dihalang di lebuh raya dan ditahan oleh ejen SEBIN. – Gambar EPA, 17 Januari, 2019.

BERPULUH-PULUH ejen perkhidmatan risikan dihukum penjara oleh mahkamah Venezuela semalam susulan penahanan sekejap Presiden Juan Guaido, kata sumber.

Mahkamah Caracas menahan reman ejen berkenaan dalam tahanan sebelum perbicaraan selepas mereka didakwa menyalahgunakan kuasa.

Guaido sedang dalam perjalanan ke perhimpunan politik di luar ibu kota Venezuela pada Ahad apabila keretanya dihalang di lebuh raya dan ditahan oleh ejen SEBIN tetapi untuk masa sekejap.

Kerajaan Presiden Nicolas Maduro menafikan ada kaitan dengan operasi itu dan pada awalnya mendakwa empat ejek yang terlibat sudah diberhentikan.

Maduro melabelkan keseluruhan insiden itu sebagai “sarkas media” dan menuduh ejen terbabit bersubahat dengan pembangkang Venezuela.

Sementara itu, Guaido mengulas ejekan Maduro dan mempertikaikan kawalannya terhadap agensi keselamatan negara. – AFP, 17 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen