PRESIDEN Indonesia Joko Widodo mengumumkan dua pelantikan baharu dalam kabinetnya menerusi rombakan kabinet hari ini.
Bekas setiausaha agung Golkar, Idrus Marham dilantik sebagai menteri hal ehwal sosial menggantikan Khofifah Indar Parawansa.
Manakala bekas komander Tentera Nasional Indonesia Jeneral (B) Moeldoko dilantik sebagai ketua staff presiden menggantikan bekas aktivis anti-rasuah Teten Masduki, lapor Jakarta Post.
Marshal Udara Yuyu Sutisna telah dilantik sebagai Ketua Staf Angkatan Udara. Bekas pengerusi Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI), Jenderal (B) Agum Gumelar, telah dilantik sebagai anggota Dewan Penasihat Presiden (Wantimpres).
“Saya sudah pun menghubungi Idrus Marham pagi ini,” kata Khofifah pada Rabu yang mengesahkan pelantikan itu.
Sementara itu, ahli politik Hanura Oesman Saota Odang turut mengesahkan pelntikan Moeldoko.
“Moeldoko mempunyai kredibiliti yang baik untuk memegang jawatan ini,” katanya memetik laporan itu.
Rombakan kabinet itu merupakan yang ketiga dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.
Kali pertama rombakan dibuat adalah pada 12 Ogos, 2015 manakala rombakan kedua dibuat pada 27 Julai, 2016. – 16 Januari, 2019
Komen