Sivarraajh turun kempen di Cameron Highlands 


Noel Achariam Christopher Rabin

Naib presiden MIC C Sivarraajh yakin dengan peluang calon BN untuk memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 16 Januari, 2019

SELEPAS kecewa kehilangan kerusi Cameron Highlands, C Sivarraajh kini menjadi penyokong tetap dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional.

Naib presiden MIC itu dilihat berada bersama calon BN Ramli Mohd Nor dan mengumpulkan penyokongnya untuk membantu calon Orang Asli itu.

“Saya bukan jenis yang akan kecewa dan tinggal di rumah. Terdapat ketidakadilan terhadap saya namun saya akan terus bekerja untuk BN,” katanya ketika ditemui pada sambutan Pesta Ponggal di Ringlet.

Pilihan raya itu diadakan selepas mahkamah pilihan raya pada November lalu membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 bagi kerusi Parlimen berkenaan selepas mendapati calon BN yang menang Sivarraajh terbabit dalam beli undi dan politik wang.

Beliau turut digantung daripada bertanding dalam mana-mana pilihan raya selama lima tahun.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon DAP M. Manogaran, Ramli dan dua calon bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.

Sivarraajh juga optimis dengan peluang Ramli dan menyatakan beliau mempunyai peluang besar untuk memenangi pilihan raya berkenaan.

“Walaupun kita bukan lagi kerajaan, mereka akan undi BN. Kerana kita telah banyak bantu mereka.”

Sivarraajh juga berkata, kerusi Cameron Highlands dipinjamkan kepada BN dan mereka akan mendapatnya semula pada pilihan raya umum akan datang.

“Ini adalah kerusi MIC dan kami rasa kami akan dapatnya semula pada PRU15. Buat masa ini kita berikan kepada calon BN kita,” katanya.

Ramli merupakan calon terus BN dan bukan daripada mana-mana parti komponen. – 16 Januari, 2019


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen