Turki yakin usaha ekstradisi Gulen akan berjaya


Penunjuk perasaan membawa patung menyerupai Fethullah Gulen semasa demonstrasi di Istanbul pada Julai 2016. Gulen dipercayai berada di Amerika Syarikat. – Gambar EPA, 16 Januari, 2019.

TURKI akan mengambil semua tindakan undang-undang yang perlu untuk memastikan pemimpin Pertubuhan Pengganas Fetullah (Feto), Fetullah Gulen dapat diekstradisi dari Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Anadolu, memetik menteri keadilan pada Selasa.

“Kami percaya ekstradisi boleh dilakukan dan akan berlaku. Jika anda negara yang punyai undang-undang, anda harus melakukannya. Kami belum memperoleh keputusan mengenai isu itu, tetapi akan mengambil semua tindakan undang-undang yang perlu,” kata Abdulhamit Gul.

Gul berkata Turki memohon untuk mengekstradisi Gulen dari AS sebanyak tujuh kali.

Feto dan pemimpinnya yang berpangkalan di AS, merancang rampasan kuasa yang gagal pada 15 Julai 2016 di Turki, menyebabkan 251 orang terbunuh dan hampir 2,200 cedera.

Ankara turut menuduh Feto berada di belakang kempen yang dibuat sejak sekian lama untuk menggulingkan negara dengan menyusup ke institusi Turki termasuk tentera, polis dan badan kehakiman. – Bernama, 16 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen