Saya nak tau tentang IS, kata rakyat AS ditahan di Syria


Tentera puak Kurdish di Syria menahan dua warganegara AS termasuk seorang guru ketika bertempur dengan kumpulan pengganas IS. – Gambar fail AFP, 16 Januari, 2019.

SEORANG guru warga Amerika Syarikat (AS) ditangkap oleh tentera diketuai puak Kurdish di Syria bercakap pada satu temu bual yang disiarkan semalam bahawa beliau berminat dengan gerakan Islamic State (IS) tetapi beliau tidak berperang.

NBC News menyiarkan temu bual dengan Warren Christopher Clark, salah seorang daripada lima warga asing termasuk seorang lagi rakyat AS, di mana tentera Demokratik Syria minggu lalu berkata ditahan ketika mereka bertempur dengan kumpulan IS di timur Syria.

Clark, 34, dari Texas memeluk Islam dan menggunakan nama Abu Mohammed al-Ameriki, berkata beliau mahu belajar lebih lagi tentang ideologi ekstremis itu.

“Saya mahu lihat apa sebenarnya kumpulan itu dan apa yang mereka buat,” katanya.

Clark berkata beliau ke Syria pada 2015 dan sebelum itu banyak menonton video penggal kepala yang dilakukan kumpulan IS.

“Saya dari AS, dari Texas. Mereka suka pancung orang, juga. Jadi saya betul-betul mahu lihat jika ada sebarang perbezaan. Mereka mungkin melakukannya tanpa kamera, tetapi ia sama,” katanya.

Tetapi Clark bertegas mengatakan beliau tidak pernah berperang untuk kumpulan itu, di mana katanya beliau ditahan beberapa kali kerana tidak mahu mengangkat senjata.

Sebaliknya, Clark yang sebelum ini bekerja sebagai guru ganti di Sugar Land, berhampiran Houston berkata beliau menawarkan diri sebagai jurucakap bahasa Inggeris di wilayah ditawan IS.

Pihak berkuasa AS belum mendedahkan tindakan yang akan diambil terhadap Clark dan seorang lagi warga AS yang dikatakan ditahan oleh tentera Kurdish.

Presiden Donald Trump sebelum ini berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap ekstremis yang ditahan di luar negara. – AFP, 16 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen