PARLIMEN Britain semalam menolak usul Brexit dibawa Perdana Menteri Theresa May, mencetuskan undi tidak percaya dalam kerajaannya dan merosakkan rancangannya untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).
Ahli Parlimen mengundi 432 berbanding 202 terhadap rancangan May membawa Britain keluar dari EU, kekalahan dalam Parlimen terbesar untuk kerajaan dalam sejarah politik moden British.
Dengan perjanjian yang mengambil masa dua tahun untuk dirangka dan masa depan kerajaannya tergantung di persimpangan, pemimpin EU sebulat suara menunjukkan kerisauan, menggesa Britain menyatakan apa sebenarnya yang dimahukan.
“Jika perjanjian itu mustahil dan tidak ada sesiapa mahukannya, jadi siapa yang akhirnya akan ada keberanian menyatakan tentang penyelesaian positifnya,” kata Presiden EU Donald Tusk di Twitter. – AFP, 16 Januari, 2019.
Komen